Tips Berhenti Merokok



Ramai orang bertanya tips hendak berhenti Rokok. Selamat Mencuba..

1.Berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan berazam sungguh-sungguh.

2.Sebelum bakar rokok, agak-agak kalau Rasullulah ada disebelah kita, agak-agak Nabi suka tidak kita hendak merokok? Nabi belah tidak dari sebelah kita?

Hari Hijab Sedunia Membawa Seorang Gadis Inggeris Peluk Islam



London - Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

Kisah Wang RM100 dan RM1


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Kisah Benar : Scarlett.

Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Tips : Popularkan Blog Anda Di GOOGLE (SEO)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah lama aku tak menulis entri berkaitan tips-tips blogging. Hari ini aku kongsikan kepada rakan semua cara untuk popularkan blog korang di Google atau dengan erti kata lain popularkan blog korang dengan tips SEO (Search engine optimization) iaitu kita optimize blog kita supaya berada di tangga teratas mesin pencaria Google. SEO memang dah basi dikalangan blogger. Ada yg menang dan ada yang tewas dengan permainan SEO. Di bawah ni aku sediakan beberapa tips untuk perkongsian bersama.

Tips #1 : Fokus Kepada Satu Keyword

Fokus kepada keyword. Dalam entri yang akan di post kan, kita mesti tahu apa keyword yang nak disampaikan dalam post tu nanti. Contohnya dalam entri ini http://www.blogwalking.info/2012/02/lawak-burung-kakak-tua.html aku fokuskan kepada keyword "burung kakak tua". So korang jangan main belasah je nak menulis post. Bila kita dah fokus kepada satu keyword tu, jadi penulisan dalam post akan bercerita pasal keyword "burung kakak tua" sahaja. Fokus, fokus dan fokus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...